Kes Kematian Karpal Singh : Pemandu Lori Positif Dadah | Hasil daripada saringan awal ujian air kencing terhadap pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan Karpal Singh dan pembantu peribadinya mendapati pemandu itu dipercayai positif dadah jenis ganja dan pemandu lori terbabit ditahan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.
Bagaimana pun menurut Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon, ujian makmal akan dilakukan bagi mendapatkan keputusan lebih tepat
Baca Juga : Gambar Kemalangan Maut Karpal Singh & Pembantu
Menurut laporan lori yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan besi.
Kemalangan Karpal Singh berlaku di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), sekitar jam 1.30 pagi itu berlaku apabila lori berkenaan dikatakan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang dinaiki Karpal.
Akibatnya kenderaan mereka melanggar bahagian belakang bucu lori tersebut. Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian - MYSUMBER

Kes Kematian Karpal Singh: Pemandu Lori Positif Dadah
Reviewed by OH Buletin
on
7:50 PM
Rating:

No comments: