Komen Berani Raja Azmi Tentang Aurat Wanita dan Tudung

Komen Raja Azmi Tentang Aurat Wanita dan Tudung | Raja Azmi sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan berani mati di program hiburan TV9, Galaksi.

KOMEN BERANI MATI RAJA AZMI ISU TUDUNG, KOMEN RAJA AZMI ISU AURAT WANITA, RAJA AZMI TUDUNG, VIDEO RAJA AZMI TV9 GALAKSI, RAJA AZMI KOMEN ISU TUDUNG DAN AURAT WANITA

Apabila ditanya wartawan mengapa dia tidak menutup aurat selepas pulang dari umrah, Raja Azmi menyatakan bahawa dia mahu mencukupkan solat lima waktu dahulu kerana itu baginya lebih penting.

Raja Azmi dirakam berkata, "Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan, Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak penting.

Kalau betul (tak pakai tudung) satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka Kak Mi tak boleh terimalah semua tu."

Tambah Raja Azmi, yang penting baginya adalah amal ibadat dalam solat yang perlu dibetulkan dahulu.

Ditegur wartawan apa yang dikatakannya itu boleh dianggap lantang Raja Azmi menjawab, "Kak Mi bercakap sebab dah fikir sebab tu lantang bercakap. Kalau tak fikir Kak Mi akan cakap benda yang bodoh.

KOMEN BERANI MATI RAJA AZMI ISU TUDUNG, KOMEN RAJA AZMI ISU AURAT WANITA, RAJA AZMI TUDUNG, VIDEO RAJA AZMI TV9 GALAKSI, RAJA AZMI KOMEN ISU TUDUNG DAN AURAT WANITA

Sebenarnya jika sudah tahu kita bersalah tidak mengikut hukum agama atas apa alasan sekalipun, sebaik-baiknya tidak perlu menegakkan benang yang basah.

Apapun, mari lah kita sama-sama berdoa agar Raja Azmi sedar akan apa yang dilakukannya itu.
Komen Berani Raja Azmi Tentang Aurat Wanita dan Tudung Komen Berani Raja Azmi Tentang Aurat Wanita dan Tudung Reviewed by OH Buletin on 9:42 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.