Pembantu Juruterbang MH370 Hubungi Seseorang Dari Dalam Pesawat?

Pembantu Juruterbang MH370 Hubungi Seseorang Dari Dalam Pesawat? | Satu panggilan telefon telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.

fariq abdul hamid buat panggilan dalam pesawat mh370, gambar fariq abdul hamid, panggilan fariq ab hamid dari dalam pesawat mh370, siapa yang fariq panggil dalam pesawat mh370, panggilan telefon fariq ab hamid dari pesawat mh370

Menurut laporan akhbar New Straits Times, sumber panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang.

Sumber pasukan penyiasat yang dipetik NST berkata maklumat berkenaan juga kini turut disiasat bagi merungkai apa yang terjadi kepada pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas ketika penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur.

Baca Juga : Kotak Hitam Pesawat MH370 Sah Dijumpai

Panggilan berkenaan dikesan oleh sebuah menara komunikasi milik sebuah syarikat telko mudah-alih di Pulau Pinang.

Difahamkan, pesawat penerbangan dengan 239 penumpang itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan.

Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.

Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq Ab Hamid tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH370 bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan.

Khalid berkata  lebih banyak lagi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan dan polis tidak akan mendedahkan hasil keterangan yang diambil bagi mengelakkan gangguan siasatan. – ASTRO AWANI
Pembantu Juruterbang MH370 Hubungi Seseorang Dari Dalam Pesawat? Pembantu Juruterbang MH370 Hubungi Seseorang Dari Dalam Pesawat? Reviewed by OH Buletin on 12:37 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.