Raja Bomoh Sedunia: Ritual Tenangkan Roh Karpal Singh Di Lokasi Kemalangan

Raja Bomoh Sedunia: Ritual Tenangkan Roh Karpal Singh Di Lokasi Kemalangan | Raja Bomoh Sedunia hari ini mengemparkan rakyat Malaysia sekali lagi. Ingatkan, dia hanya berminat terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370 di Lautan Hindi, rupanya sanggup menyibukkan datang ke lokasi kemalangan!

raja bomoh sedunia tenangkan roh karpal singh, gambar raja bomoh buat ritual di kawasan kemalangan karpal singh, karpal singh, mendiang karpal singh, raja bomoh sedunia nujum vip, ibrahim mat zin tenangkan roh karpal

Raja Bomoh ataupun nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin pada beberapa minggu yang lalu dikecam hebat oleh pihak pengurusan hotel ekoran membuat 'sidang media' (video recording) tanpa kebenaran dan tidak berbayar. Akibat dari itu, manager on duty pada hari tersebut diberhentikan kerja.

Kali ini, dalam kes kemalangan maut yang melibatkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh juga turut menarik perhatian Raja Bomoh.

raja bomoh sedunia tenangkan roh karpal singh, gambar raja bomoh buat ritual di kawasan kemalangan karpal singh, karpal singh, mendiang karpal singh, raja bomoh sedunia nujum vip, ibrahim mat zin tenangkan roh karpal

Dengan kehadiran yang tidak diundang, berbekalkan semangkuk air dan ditemani oleh pembantunya, Raja Bomoh dipercayai sedang menenangkan roh mendiang Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Justeru, ramai yang tertanya-tanya bila agaknya pihak berkenaan akan mengambil tindakan terhadap Raja Bomoh yang pernah memalukan imej Malaysia di mata dunia ini? Apakah pihak 'berkenaan' terlalu malas untuk melayan si bomoh yang pada masa ini aktif ke sana sini mencari populariti? - MY MEDIA HUB
Raja Bomoh Sedunia: Ritual Tenangkan Roh Karpal Singh Di Lokasi Kemalangan Raja Bomoh Sedunia: Ritual Tenangkan Roh Karpal Singh Di Lokasi Kemalangan Reviewed by OH Buletin on 12:17 AM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.