Rusia Terlibat Menembak Pesawat MH17 Di Ruang udara Ukraine?

Rusia Terlibat Menembak Pesawat MH17 Di Ruang udara Ukraine? | Ekoran kejadian terhempasnya pesawat MH17 di Ukraine. Pelbagai spekulasi mula timbul dan salah satunya mengatakan bahawa pesawat milik Malaysia Airlines tersebut ditembak jatuh.

pesawat mh17 jatuh, gambar mh17 jatuh, senarai penumpang mh17, punca mh17 jatuh terhempas, mh17, siapa tembak mh17 jatuh, mh17, mas mh17, gambar mh17 terbakar, punca mh17 terhempas di ukraine, gambar mh17 di ukraine,

Memetik blog Addin hari ini melaporkan yang terdapat bukti baru bahawa Rusia terlibat dalam menembak jatuh pesawat malang terbabit.

Menurut belia, seorang wartawan Rusia yang ditugaskan di London mengumumkan meletak jawatan dari tugasnya atas alasan sangat kecewa dengan cara liputan yang disiarkan oleh majikannya stesen televisyen RT (Russian Today) berkaitan pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas pada Khamis, lapor Astro Awani hari ini.

pesawat mh17 jatuh, gambar mh17 jatuh, senarai penumpang mh17, punca mh17 jatuh terhempas, mh17, siapa tembak mh17 jatuh, mh17, mas mh17, gambar mh17 terbakar, punca mh17 terhempas di ukraine, gambar mh17 di ukraine,

“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi saya berpegang kepada kebenaran,” kata Sarah Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Sementara itu, stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia dalam reaksinya kepada AFP berkata “Firth meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran.”

“Kami percaya kebenaran adalah dari kaca mata wartawan kami di lapangan dan bukan apa yang dilaporkan oleh akhbar di London,” kata Anna Belkina seorang jurucakap stesen itu menerusi e-mel, lapor Awani.

Tambahnya, RT tidak terkejut dengan keputusan Firth itu kerana wartawan itu dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk bertukar kerja.

Peletakan jawatan Firth adalah insiden terbaru yang dihadapi oleh RT susulan banyak kritikan dan bidasan yang dilemparkan terhadap stesen itu, terutamanya menerusi laman Twitter.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko mengambil rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

“Apa yang saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

“Penipuan,” jawab Firth. “ Kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.

“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tambahnya.

Firth juga menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.

Laporan terakhirnya dari London adalah Selasa lalu.

Amerika Syarikat sebelum ini berkata mereka percaya pesawat MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak Ukraine.

Stesen RT bagaimanapun melaporkan pihak Ukraine yang harus dipersalahkan dengan mendakwa peluru berpandu dilancarkan oleh negara itu tanpa memaklumkan sistem terbabit juga berkemungkinan digunakan pihak kumpulan pemisah.

RT sememangnya menjadi tumpuan atas laporannya yang ternyata berat sebelah dan cenderung kepada Moscow terutamanya berkaitan krisis di Ukraine.

Mac lalu wartawannya, Liz Wahl membuat pengumuman meletak jawatan sewaktu satu siaran langsung.

RT sebaliknya menuduh Wahl hanya cuba mempromosi diri.
Rusia Terlibat Menembak Pesawat MH17 Di Ruang udara Ukraine? Rusia Terlibat Menembak Pesawat MH17 Di Ruang udara Ukraine? Reviewed by OH Buletin on 12:39 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.