Aneh! Gambar Ikan Boleh Berjalan

Aneh! Gambar Ikan Boleh Berjalan | Lapor sebuah akhbar hari ni, terdapat sejenis ikan ganjil yang dikenali sebagai Salamander Axolotl kini menjadi tarikan terbaharu di sebuah zoo di sini kerana mempunyai empat kaki.

gambar ikan boleh berjalan, ikan aneh di china, gambar aneh, gambar pelik, ikan ganjil boleh berjalan, salamander Axolotl, gambar  ikan salamander Axolotl

Ikan yang terdiri daripada pelbagai warna iaitu merah jambu, biru, hijau muda dan oren itu ternyata berjaya menarik perhatian pengunjung kerana merangkak dengan menggunakan kaki.

Haiwan itu kini dipamerkan di zoo awam di Shiyan, wilayah Hubei, China.

Bagaimanapun, haiwan itu dikatakan tidak lagi ditemui di perairan di kawasan hutan sebaliknya dibiakkan di dalam kurungan.

gambar ikan boleh berjalan, ikan aneh di china, gambar aneh, gambar pelik, ikan ganjil boleh berjalan, salamander Axolotl, gambar  ikan salamander Axolotl

Para saintis juga sedang menjalankan kajian kerana kaki ikan berkenaan akan tumbuh semula jika terputus selain berupaya memulihkan organnya yang tercedera.

Lazimnya, spesies haiwan itu ditemui hidup di perairan di Tasik Xochimilco, Bandar Raya Mexico, namun kini dikatakan semakin pupus. -AGENSI

Aneh! Gambar Ikan Boleh Berjalan Aneh! Gambar Ikan Boleh Berjalan Reviewed by OH Buletin on 8:22 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.