Datuk Vida Sah Taja Pasukan The Red Warriors

Datuk Vida Sah Taja Pasukan The Red Warriors | Pasukan gergasi pantai timur The Red Warriors sah akan ditaja oleh Datuk Vida, pengasas produk kecantikan Qu Puteh, selama dua musim, bermula tahun ini.

datuk vida taja kelantan, trw ditaja qu putih, qu putih pamoga the red warrior, pasukan kelantan baru, qu putih vida taja kelantan, trw, pasukan bolasepak kelantan
Menurut sumber, penajaan syarikat milik anak kelahiran Machang, Kelantan itu dijangka melebihi RM16 juta. Namun jumlah sebenar nilai tajaan hanya akan diumumkan pada sidang media majlis memeterai perjanjian penajaan berkenaan yang akan diadakan secara rasmi di sini pada 15 Januari nanti.

Perkara itu diumumkan usahawan wanita itu bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa. Kedua-dua pihak mengadakan pertemuan peringkat akhir selama tiga jam di pejabat Annuar di Yayasan Pelajaran Mara pada petang Jumaat.

Menerusi rundingan itu, Annuar berkata, Kafa turut bersetuju dengan dua syarat utama sebelum ini selain menerima 33 lagi syarat tambahan yang dikemukakan usahawan kosmetik termuka tersebut. Dua syarat awal itu adalah Stadium Sultan Muhammad IV akan dicat warna merah jambu manakala nama pasukan Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Dalam pada itu, Annuar turut mengumumkan pelantikan Vida sebagai Penasihat Kehormat Kafa bagi melancarkan urusan tatakelola dan pemasaran skuad TRW. Dengan jawatan ini, ertinya Datuk Seri Vida akan dapat mencampuri secara langsung tentang urusan, tatakelola, kaedah-kaedah bagi memajukan pasukan bola sepak Kelantan. Beliau tidak lagi menjadi orang luar tapi sebaliknya menjadi orang dalam kepada pasukan.

Mengulas mengenai pelantikan itu, Vida menyatakan rasa bersyukur kerana diberikan penghormatan tertinggi oleh Kafa. Beliau berasa bersyukur dan bangga menjadi Penasihat Kehormat Kafa yang beliau tidak pernah terfikir sebelum ini. Mengulas mengenai dua syarat utamanya sebelum ini, Vida menegaskan ia bukan sekadar gimik tetapi sebagai anjakan baharu kepada skuad bola sepak Kelantan.
Datuk Vida Sah Taja Pasukan The Red Warriors Datuk Vida Sah Taja Pasukan The Red Warriors Reviewed by OH Buletin on 1:29 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.