Marsha Milan Cipta Lagu Khas Untuk Suami

Marsha Milan Cipta Lagu Khas Untuk Suami | Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 30, mengabadikan kisah perjalanan hidupnya dalam lagu, Sudah Ku Temui yang ditujukan khas kepada suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 29.

marsha milan, gambar kahwin marsha, marshabuat lagu baru, lagu baru marsha milan london, suami marsha milan

Marsha berkata, lagu itu menterjemahkan perasaannya selama 10 tahun menyemai cinta dan ia dihasilkan dengan kerjasama komposer, Tam Spider.

"Melodi dan lirik lagu ini diinspirasikan daripada kisah cinta saya. Sedari dulu lagi, saya menyimpan impian untuk menghasilkan lagu ciptaan sendiri pada majlis perkahwinan saya.

"Ia umpama luahan hati kecil saya mengenai sebuah penantian yang disambut dengan penuh kesyukuran setelah bertemu insan tersayang. Inilah hadiah dari hati saya untuk suami tercinta," katanya.

Pasangan ini mula berkenalan sejak 10 tahun lalu dan hubungan mereka mula serius sejak dua tahun kebelakangan ini. Mereka selamat diijabkabulkan pada 31 Disember lalu di rumah keluarga Shaiful di Jalan Free School, Pulau Pinang.

Bercerita mengenai kerjaya, Marsha akan kembali aktif bekerja dengan muncul sebagai pengacara rancangan realiti, Mentor Milenia siaran TV3 selama lapan minggu bermula esok.

Sumber
Marsha Milan Cipta Lagu Khas Untuk Suami Marsha Milan Cipta Lagu Khas Untuk Suami Reviewed by OH Buletin on 8:53 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.