Bas Percuma Di Selangor

Perkhidmatan Bas Percuma Di Selangor | Perkhidmatan bas percuma 'Smart Selangor' kendalian Rapid Bus Sdn Bhd beroperasi di Kajang selepas perkhidmatan itu diperkenalkan di Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya pada 1 Julai tahun lepas.

smart selangor, bas percuma smart selangor, bas percuma kajang, bas percuma selangor kajang, laluan bas percuma kajang

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan berkata perkhidmatan bas itu bermula seawal 6 pagi hingga 10 malam setiap hari menghubungkan antara bandar Kajang dan Terminal Bas Kajang dengan kekerapan setiap 15 dan 20 minit.

"Laluan sehala dari bandar Kajang ke Terminal Bas Kajang sejauh 9.4km meliputi 15 hentian melalui Jalan Sungai Chua, Jalan Wah Siew, Taman Kajang Indah, Taman Koperasi LLN, Taman Sri Kejora, Persiaran Cempaka, Persiaran Bangi dan Jalan Reko.

"Manakala, laluan balik dari Terminal Bas Kajang ke bandar Kajang adalah sejauh 10.8km mempunyai 19 hentian dengan hentian tambahan di Jalan Semenyih, Jalan Timur dan Jalan Cheras," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyatakan perkhidmatan bas percuma berhawa dingin dengan kapasiti 60 penumpang itu dilengkapi sistem maklumat penumpang, kemudahan Wi-Fi serta mesra golongan kelainan upaya (OKU).

Perasmian bas percuma inisiatif kerajaan Selangor itu disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

- Bernama
Bas Percuma Di Selangor Bas Percuma Di Selangor Reviewed by OH Buletin on 1:24 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.