Tiada Guna Semak Bajet Jika Rakyat Masih Susah | Kerajaan Pusat perlu mengamalkan pentadbiran bersih dan telus bagi memberi kesenangan kepada rakyat dalam keadaan ekonomi negara masa kini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, tiada keperluan untuk menyemak semula Bajet 2016 jika rakyat masih merana dalam menghadapi ekonomi yang amat teruk.
“Pentadbiran yang bersih adalah kunci utama untuk memberi kesenangan kepada rakyat. Apa guna membuat semakan semula bajet jika rakyat masih terbeban dengan ekonomi negara yang semakin merosot?
“Apa yang dibimbangkan, ia (pengumuman) mungkin hanya indah khabar dari rupa. Jika nak semak semula, cara pentadbiran perlu diubah supaya lebih telus dan bersih,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Hartanah Antarabangsa Pulau Pinang 2016, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akan membuat semakan semula terhadap Bajet 2016 bagi membantu rakyat berhadapan dengan kegawatan ekonomi tahun ini.
Menyedari rakyat dalam keadaan tertekan, Najib berkata, ia satu senario baru dan pengumumannya itu bukan sekadar menggula-gulakan rakyat namun ia menggambarkan kerajaan prihatin terhadap nasib mereka.
Sementara itu, ditanya berhubung kenyataan Najib berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan April lalu sebagai penyelamat ekonomi rakyat, Guan Eng berkata, GST hanya menyelamat Najib, bukannya rakyat.
Menurutnya, kenyataan Najib itu dilihat tidak relevan kerana ekonomi negara semakin merudum apabila kadar mata wang ringgit semakin jatuh.
“GST selamatkan Najib, bukan rakyat Malaysia. Bagaimana dia boleh kata selamatkan rakyat sedangkan kadar mata wang kita semakin jatuh? Adakah ini berbaloi? Inikah harga yang perlu dibayar oleh rakyat, GST dikenakan, dalam masa sama ekonomi masih teruk," katanya.
Guan Eng berkata, kenyataan Najib itu tidak masuk akal dan percaya rakyat boleh menilainya dengan baik.
Sebelum ini, Najib berkata, GST yang mula dilaksanakan April tahun lalu dari segi mikronya adalah penyelamat kewangan dan ekonomi negara pada keseluruhannya.
Menurutnya, pelaksanaan GST mendapat kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran kutipan bersih RM27.126 bilion pada Disember 2015.
Sumber

Tiada Guna Semak Bajet Jika Rakyat Masih Susah
Reviewed by OH Buletin
on
1:08 AM
Rating:

No comments: