Bos Rayani Air WhatsApp Merayu Juruterbang Masuk Kerja

Bos Rayani Air WhatsApp Merayu Juruterbang Masuk Kerja | Semalam dikecohkan dengan berita Operasi Rayani Air Dihentikan Sementara, terbaru muncul pula berita mengenai tentang skrinshot pesanan aplikasi WhatsApp yang memaparkan Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air Ravi Alagendrran, merayu kepada pilotnya untuk masuk kerja demi staff lain.


Dalam petikan mesej yang dibuat ke dalam grup Whatsapp itu, Ravi turut memohon maaf kepada para juruterbang atas segala kesulitan yang timbul dipercayai membabitkan isu gaji tidak dibayar, dan merayu supaya mereka bertugas kerana syarikat yang mahu menaja dana akan menarik diri jika penumpang terkandas menaiki penerbangan keesokan harinya.

Mengakhiri permintaannya Ravi dilihat sekali lagi meminta simpati juruterbang dengan meminta mereka mempertimbangkan anak-anak pekerja yang bakal mendapat kesan.


Dalam jawapan yang diberikan kepada Whatsapp Ravi itu, salah seorang bagaimanapun berkeras mahu syarikat membayar gaji mereka dan menyifatkan itu bukan kali pertama mereka terpaksa berlapar.

Petikan Whatsapp Ravi ini ternyata benar apabila ianya dikongsikan sendiri beliau di laman Facebook peribadi selain mengakuinya apabila ditanya oleh The Malay Mail.

Dalam pada itu, Ravi turut membuat satu permohonan maaf kepada penumpang Rayani Air pada hari ini.

Sumber
Bos Rayani Air WhatsApp Merayu Juruterbang Masuk Kerja Bos Rayani Air WhatsApp Merayu Juruterbang Masuk Kerja Reviewed by OH Buletin on 7:37 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.