Caliph Buskers Terima Bayaran RM800 Sahaja Dari KRU?

Caliph Buskers Terima Bayaran RM800 Sahaja Dari KRU? | Baru-baru ini terdapat desas desus mengatakan pihak KRU Music memberi bayaran yang sedikit kepada kumpulan Caliph Buskers sehingga menimbulkan perasaaan tidak puas hati mereka terhadap pihak pengurusan terbabit. Berikutan itu, vokalisnya, Azmi tampil memberi penjelasan.

caliph buskers, kru music, caliph busker dan kru, lagu baru caliph buskers

“Saya terkejut juga diberitahu tentang gosip kami terima bayaran sedikit iaitu RM800 sahaja seorang, sebenarnya Caliph Buskers bergerak sendiri dan bukan di bawah pengurusan KRU Music. Tiada sebarang isu tidak puas hati berkaitan bayaran daripada pihak KRU Music pada setiap persembahan yang kami lakukan”.

“Namun jika tawaran persembahan datang daripada syarikat terbabit selalunya mereka akan bertanya kepada kami dahulu harga yang ditawarkan dan sebarang harga yang mereka bayar kepada kami adalah atas persetujuan kami bersama,” katanya kepada m Star Online ketika menjawab gosip berkenaan.

Jelasnya lagi, harga yang ditetapkan pada setiap persembahan yang ditawarkan adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Jadi isu jumlah RM800 yang diberikan oleh syarikat terbabit pada setiap persembahan yang dilakukan adalah tidak benar sama sekali. -ROTIKAYA
Caliph Buskers Terima Bayaran RM800 Sahaja Dari KRU? Caliph Buskers Terima Bayaran RM800 Sahaja Dari KRU? Reviewed by OH Buletin on 11:02 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.