Cara Baharu Denda Pelajar Sekolah | Tenaga pengajar universiti di China kini menggunakan kaedah menulis emoji sebagai cara baharu bagi mendenda dan menghukum pelajar yang lewat tiba ke kelas.
Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, ia bagi mengelakkan profesor dan guru daripada menggunakan kekerasan untuk menghukum pelajar.
Kaedah tersebut diperkenalkan oleh seorang profesor di sebuah universiti terhadap pelajarnya yang tiba lewat ke kelas.
Menurut portal itu lagi, pelajar yang tiba lewat ke kelasnya akan didenda melukis dan menulis animasi dan karikatur berbentuk emoji sebanyak 1,000 kali.
Kaedah yang diperkenalkan oleh profesor itu kemudiannya menjadi viral menerusi media sosial di China.
Meskipun sebilangan netizen beranggapan ia sebagai satu kaedah yang tidak masuk akal, keberkesanan kaedah itu terbukti apabila jumlah pelajar yang tiba lewat ke kelas dapat dikurangkan

![]() |
Gambar Sekadar Hiasan |
Cara Baharu Denda Pelajar Sekolah
Reviewed by OH Buletin
on
10:53 AM
Rating:

No comments: