Designer Jawab Isu Model Pakai Sampin Tak Berbaju

Designer Jawab Isu Pakai Sampin Tak Berbaju | Pereka fesyen Anuar Faizal tampil menjelaskan bahawa dia mempunyai tujuan tersendiri apabila mengetengahkan konsep peragaan baju melayu tak berbaju yang mendapat kritikan hebat daripada netizen, semalam.

punca konsep baju raya tak berbaju, bersampin tapi tak berbaju, baju raya tak cukup kain, anuar, anuar faizal, pereka fesyen

Menurutnya, model tidak memakai baju dan hanya memakai sampin atau berseluar untuk menunjukkan kepada penonton hasil rekaannya itu dalam keadaan yang lebih teliti dan jelas.

“Tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan ‘instant sampin’ supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana ianya berfungsi.

“Gambar (hanya) berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yang slimfit, lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat,” kata Anuar, menerusi laporan disiarkan Sinar Harian.

Rekaan Anuar dikritik segelintir netizen yang tidak ‘berpuas hati’ dengan baju melayu shirtless yang digayakan model kerana menghilangkan keaslian baju melayu itu sendiri.

“Saya bersyukur ramai netizen di luar sana yang matang dan dapat menilai perkara ini dari sudut yang positif.

“Untuk berdaya saing maju di peringkat global, saya rasa pemikiran di tahap lama perlu diubah dan dinaiktarafkan agar pereka tempatan dapat menempa tempat di persada antarabangsa,” tambahnya. – MYNEWSHUB
Designer Jawab Isu Model Pakai Sampin Tak Berbaju Designer Jawab Isu Model Pakai Sampin Tak Berbaju Reviewed by OH Buletin on 4:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.