Keputusan Penuh JDT vs. Ayeyawady Piala AFC 27 Apr 2016

Keputusan Penuh JDT vs. Ayeyawady Piala AFC 27 Apr 2016 | Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan cabaran kempen Piala AFC musim 2016 bagi peringkat kumpulan H dengan berdepan pasukan kelab dari Myanmar iaitu Ayeyawady United FC dalam perlawanan kelima juga aksi timbal balik yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 27 April 2016

ayeyawady vs jdt 27 april, keputusan afc 27 april 2016, jdt football club

PJDT bertandang ke tempat lawan tanpa sebarang tekanan kerana pasukan itu telah pun layak ke pusingan kedua Piala AFC 2016 selepas mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam saingan kumpulan H dengan mengumpul 12 mata. Bagaimanapun untuk tidak menghampakan penyokong, perlawanan ini merupakan misi JDT untuk mencipta kemenangan seterusnya

Dengan prestasi memberangsangkan pasukan JDT setakat ini, sama ada dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala AFC, sudah tentu skuad kendalian jurulatih Mario Gomez itu mahu meneruskan momentum tersebut dengan memberikan aksi terbaik pada perlawanan ini untuk meraih kemenangan.

Pasukan JDT bakal berdepan tentangan sengit dalam perlawanan ini kerana Ayeyawady United pasti mahu menebus kekecewaan mereka selepas kalah 8-1 kepada skuad Harimau Selatan dalam pusingan pertama pada 24 Februari lalu di Stadium Larkin Johor DT kekal selaku pendahulu Kumpulan H dengan 12 mata sambil mengekalkan rekod bersih empat kemenangan setakat ini, manakala Ayeyawady United pula berada dikedudukan ketiga kumpulan dengan mengutip 3 mata

Perlawanan di antara pasukan JDT menentang Ayeyawady United FC akan berlangsung di Youth Training Centre, Yangon bermula pada jam 5.30 petang, Rabu mengikut waktu di Malaysia

Berikut adalah keputusan penuh JDT vs. Ayeyawady Piala AFC 27 Apr 2016 

ayeyawady vs jdt 27 april, keputusan afc 27 april 2016, jdt football club

Keputusan Penuh JDT vs. Ayeyawady Piala AFC 27 Apr 2016 Keputusan Penuh JDT vs. Ayeyawady Piala AFC 27 Apr 2016 Reviewed by OH Buletin on 7:52 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.