Lagi Kes Murid Sekolah Dipatuk Ular

Lagi Kes Murid Sekolah Dipatuk Ular | Memetik akhbar Sinar Harian semalam melaporkan bahawa seorang murid perempuan tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong kini ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban selepas dipercayai dipatuk ular berwarna hitam, di padang sekolah berkenaan, pagi tadi (semalam).

murid sekolahdipatuk ular, kes dipatuk ular 2016, murid sekolah, gambar ular, gambar murid sekolah dipatuk ular
Gambar Hiasan
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa, dipercayai terkena patukan ular semasa sedang berlari mengelilingi padang bagi sesi memanaskan badan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Insiden yang menimpa murid berkenaan kini tersebar luas melalui mesej dalam aplikasi grup WhatsApp yang turut meminta guru-guru untuk peka dengan keadaan persekitaran bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang kembali.

Turut tersebar dalam mesej berkenaan ialah kemungkinan insiden berkenaan berlaku ialah keadaan cuaca panas menyebabkan ular keluar mencari kawasan lembab.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil ketika dihubungi berkata, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Rodiah Mohd Jan telah melaporkan insiden berkenaan kepadanya sejurus selepas mendapat maklumat dari sekolah berkenaan.

Menurutnya, pegawai berkenaan turut menziarahi murid berkenaan di HTJ serta mendapati murid berkenaan berada dalam keadaan stabil.

“Kita kini sedang menunggu laporan penuh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung insiden berkenaan. Berdasarkan laporan awal, murid berkenaan telah terjatuh di padang dan rakan-rakannya ternampak seekor ular berwarna hitam berhampiran murid berkenaan.

“Guru bagaimanapun tidak ternampak ular hitam berkenaan dan segera bertanyakan kepada murid sama ada berasa sakit atau tidak.  Namun murid berkenaan menyatakan tidak sakit dan turut tidak sedar terdapat ular berhampiran dengannya ketika terjatuh.

Rusni berkata, guru berkenaan segera membawa mangsa ke bilik guru dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan (KK) Rembau selepas guru menyedari terdapat perubahan pada wajah murid.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan guru berkenaan memaklumkan kepada keluarga murid dan sebaik tiba di KK Rembau serta dimaklumkan kemungkinan murid berkenaan terkena patukan ular, murid berkenaan dikejarkan ke HTJ menggunakan ambulans.

“Pihak hospital mengesahkan terdapat kesan gigitan dipercayai patukan ular di bawah lutut kanan murid berkenaan.  Bagaimanapun, murid berkenaan kini berada dalam keadaan stabil," katanya.
Lagi Kes Murid Sekolah Dipatuk Ular Lagi Kes Murid Sekolah Dipatuk Ular Reviewed by OH Buletin on 11:27 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.