MB Kena Tarik Gelaran : PM Bakal Mengadap Sultan Terengganu

MB Kena Tarik Gelaran : PM Bakal Mengadap Sultan Terengganu | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat berhubung isu membabitkan Menteri Besar Terengganu.

PM najib, najib razak, mb kene tarik gelaran

Najib pada masa yang sama meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi kerana pentadbiran kerajaan negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa.  

"Saya dijadual menghadap Sultan Terengganu dalam masa terdekat. Selepas itu, baru saya akan keluarkan kenyataan," katanya kepada pemberita di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Susulan Gelaran Ditarik Balik, MB Terengganu Bakal Digantikan?]

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata demikian ketika diminta mengulas isu itu selepas hadir dan memberi sokongan kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, calon BN Dun Tanjung Datu di sini hari ini bersempena penamaan calon Pilihan raya Sarawak ke-11. - Bernama
MB Kena Tarik Gelaran : PM Bakal Mengadap Sultan Terengganu MB Kena Tarik Gelaran : PM Bakal Mengadap Sultan Terengganu Reviewed by OH Buletin on 2:48 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.