Pegawai Imigresen Ini Tibai Pekerja Asing Warga India

Pegawai Imigresen Ini Tibai Pekerja Asing | Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) menggesa Jabatan Imigresen Malaysia mengambil tindakan kepada pegawai wanita jabatan itu yang bertindak kasar memukul seorang pekerja asing warganegara India.

video pegawai imigresen pukul pekerja asing, video pegawai imigresen, pegawai imigresen pukul bangla, pegawai imigresen tibai pekerja asing, pegawai imigresen kurang ajar

Pengerusinya, Datuk R Sri Sanjeevan berkata pegawai wanita itu patut dipecat kerana telah melanggar SOP pihak berkuasa dan mencemarkan nama baik Imigresen.

“MyWatch telah mendedahkan video klip kekasaran seseorang pegawai wanita Imigresen sewaktu menjalankan serbuan ke atas sebuah premis mencuci kereta di stesen minyak Petron di Sendayan, Seremban pada 8 Januari 2016 lalu.

“Tiada dalam mana-mana SOP pihak berkuasa, perlunya tindakan kasar dikenakan ke atas pihak bersalah sekiranya mereka telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu siasatan dijalankan. Malah kompaun yang dikenakan ke atas pemilik premis juga sudah dilangsaikan,” katanya dalam satu kenyataan dibuat hari ini.

Sebelum ini MyWatch telah mendedahkan perbuatan itu melalui satu rakaman CCTV di mana pegawai perempuan Imigresen itu telah bertindak dengan begitu kasar ke atas seseorang pekerja asing warganegara India (mangsa) yang telah ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Dalam rakaman itu juga, pegawai wanita berkenaan menendang bahagian peribadi mangsa dan turut memukulnya di bahagian kepala beberapa kali.

Mengulas lanjut, Sanjeevan turut meminta pihak Imigresen tampil memberi penjelasan berhubung tindakan pegawai berkenaan.

“MyWatch meminta Ketua Pengarah Imigresen tampil segera memberikan respon berkaitan isu ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, MyWatch sedia memanggil mangsa yang dipukul itu untuk memberi penjelasan sebenar berkenaan kejadian itu.

Katanya, ini sebabkan beliau mendakwa mangsa dipukul kerana tidak boleh bercakap Bahasa Melayu.


Selain itu, menurut Sanjeevan, mangsa juga mendakwa turut dibelasah dengan hos paip ketika berada dalam depot tahanan imigresen.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi tidak mahu mengulas mengenai siasatan yang sedang dijalankan.

“Masih dalam siasatan. No komen,” katanya ringkas.

Beliau dihubungi bagi mendapatkan maklum balas kepada gesaan Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) kepada Jabatan Imigresen supaya tampil memberi penjelasan berkenaan isu ini.
Pegawai Imigresen Ini Tibai Pekerja Asing Warga India Pegawai Imigresen Ini Tibai Pekerja Asing Warga India Reviewed by OH Buletin on 8:56 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.