Punca Mayat Adik Nurin Hidup Semula Dikenalpasti | Keluarga murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Nuriey Nadhirah Roslan, 7 menafikan mangsa masih hidup seperti yang diviralkan dalam laman sosial Whatsapp di sini semalam.
Sebaliknya, Datuk kanak-kanak malang itu, Wan Mohamad Ibrahim, 57, berkata selepas jenazah cucu sulungnya itu dimandikan berlaku pergerakan dipercayai tindakan refleks.
"Doktor telah mengesahkan cucu saya sudah meninggal dunia memandangkan nadinya sudah tiada.
"Menurut doktor juga pergerakan itu berlaku mungkin disebabkan angin dalam badannya memandangkan dia mati mengejut selepas digigit haiwan berbisa,"katanya kepada media selepas ditemui di kediamannya di Taman Buaya, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini malam tadi.
Wan Mohamad berkata, dia menerima ketentuan Allah, walaupun masih sedih dengan pemergian cucu kesayangannya itu.
"Kami sekeluarga menerimanya dengan redha bahawa Nuriey telah tiada dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat.
"Kita harap penyebar berita viral itu hentikanlah sebaran berita palsu yang turut memberikan kesan kepada keluarga malah menyusahkan ramai pihak,"katanya.
Sementara itu ibu kanak-kanak itu, Wan Nor Izatul Azwana Mohamad, 28, berkata dia terkilan dengan penyebaran berita terbabit dan berharap ia dihentikan kerana ia melibatkan sensitiviti keluarga.
Semalam, penyebaran berita itu turut menggemparkan orang ramai selepas dikatakan mayat kanak-kanak itu bergerak ketika dimandikan.
Ekoran sebaran berita itu ramai yang mula berkongsi cerita Allahyarham Nuriey masih hidup.
Namun mangsa gigitan binatang berbisa itu bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam semalam, selepas pemeriksaan kedua dilakukan pasukan perubatan sebuah klinik di sini.
Jenazah Nuriey akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Kedai Buloh pagi ini. - SINAR HARIAN

Punca Mayat Adik Nurin Hidup Semula Dikenalpasti
Reviewed by OH Buletin
on
11:01 PM
Rating:

No comments: