Safiey Ilias Muncul Sebagai Hos Dalam Program TV Al Hijrah | Mana mungkin kita lupa nama Safiey Ilias kerana kisah penghijrahannya menjadi satu fenomena sejak dua minggu lalu.
Safiey, 22, sudah bergelar jutawan muda sejak berusia 19 tahun. Namun sensasi utamanya ialah kisah keberanian menjalani pembedahan mengeluarkan implannya semata-mata untuk kembali ke jalan Allah.
Bermula sebagai tamu, kini Safiey akan bergelar hos program #PenghijrahanFenomena tersebut. Tugas Safiey selepas ini untuk mengendalikan perkongsian kisah perhijrahan menuju Jalan Allah.
Program 30 minit itu akan bersiaran setiap khamis 9.30 malam. Minggu ini, Safiey akan kembali dengan kisah pengalaman pertamanya berdakwah bersama jemaah tabligh selama tiga hari pada hujung minggu lalu.
Safiey juga besar kemungkinan akan mendedahkan kisah terkini mengenai rakan karibnya yang turut menjalani pembedahan implan baru-baru ini dan nekad kembali kepada fitrah Allah.- MYNEWSHUB

Safiey Ilias Muncul Sebagai Hos Dalam Program TV Al Hijrah
Reviewed by OH Buletin
on
5:03 PM
Rating:

No comments: