SPAD Disaman Pemandu Teksi Kerana UBER

SPAD Disaman Pemandu Teksi Kerana UBER | Satu bantahan dibangkitkan terhadap permohonan perkhidmatan Uber untuk menjadi pencelah dalam tuntutan mahkamah terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD).

uber driver, spad, spad disaman, pemandu teksi saman uber, uber dan spad

Pada Disember tahun lalu, kira-kira 102 pemandu teksi memfailkan saman ke atas SPAD kerana didakwa cuai apabila tidak mengambil tindakan proaktif untuk mengharamkan operasi perkhidmatan Uber, Grabcar dan Blacklane yang didakwa menjejaskan punca pencarian mereka.

Peguam utama kumpulan pemandu teksi itu, R. Kengadharan berkata anak guamnya dan SPAD berusaha untuk menentang campur tangan Uber dalam perkara tersebut.

"Kami menentang atas alasan Uber tidak dikawal selia dengan baik dan aktiviti mereka tidak diluluskan SPAD, tidak seperti pemandu teksi bermeter.

"Mereka tidak mematuhi Akta Pengangkutan Jalan dan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.

"Kami berpendapat aktiviti Uber adalah haram dan SPAD turut bersependapat," katanya pada Khamis selepas sekumpulan pemandu teksi bertemu Timbalan Pendaftar Lukman Hakim Abu Bakar Sidek di dalam kamar berhubung tuntutan mahkamah.

Kengadharan berkata Uber memfailkan permohonan untuk kebenaran mencelah sebulan yang lalu.

"Kami berpendapat Uber tiada mempunyai hak untuk campur tangan kerana aktiviti mereka tidak diiktiraf undang-undang.

"Uber mendakwa kehidupan mereka terancam jika mereka tidak campur tangan dalam perkara ini," katanya. - MSTAR
SPAD Disaman Pemandu Teksi Kerana UBER SPAD Disaman Pemandu Teksi Kerana UBER Reviewed by OH Buletin on 3:49 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.