Video Anggota Polis Pau Pelajar Sekolah Tersebar

Video Anggota Polis Peras Ugut Pelajar Tersebar | Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, itulah kata-kata penulis mampu ungkapkan setelah menyaksikan video ini.

video pdrm peras pelajar, pihak polis peras pelajar, gambar polis peras pelajar sekolah

Video yang berdurasi 51 saat itu memaparkan tindakan dua anggota polis berpakaian operasi memeras wang daripada seorang individu didakwa masih seorang pelajar.

Justeru dari penyebaran video terbabit, pihak PDRM memohon kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat membantu memberkas dua orang anggita yang tidak bertanggungjawab ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata polis memandang serius insiden itu yang secara terang mencemar imej dan kredibiliti pasukan.

"Polis tidak mengamalkan 'Blue Wall of Silence' (menyembunyikan salah laku) dan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh mana-mana warganya," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, video yang tersebar di laman sosial Facebook 'Malaysia Viral Story' sejak pagi tadi, mengundang reaksi pelbagai pihak yang mengutuk perbuatan anggota itu dan mahu tindakan segera diambil polis.

Dibawah adalah sedutan video polis peras pelajar yang disebarkan di media sosial.


Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diharap dapat menghubungi pihak berkuasa dalam membantu siasatan.
Video Anggota Polis Pau Pelajar Sekolah Tersebar Video Anggota Polis Pau Pelajar Sekolah Tersebar Reviewed by OH Buletin on 10:27 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.