Adenan Umum Barisan Baharu Kabinet Di Sarawak

Adenan Umum Barisan Baharu Kabinet Di Sarawak | Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan barisan kabinet baru negeri dengan melantik tiga menteri sebagai Timbalan Ketua Menteri.

menteri kabinet baru, prn sarawak, pilihanraya

Tiga Timbalan Ketua Menteri ialah Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Tan Sri James Jemut Masing dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Adenan turut mengumumkan Datuk Seri Wong Soon Koh, Datuk Stephan Rundi Utom, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Datuk Seri Micheal Manyin Jawong, Datuk Fatimah Abdullah dan Datuk Dr Sim Kui Hian sebagai menteri penuh.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu Sidang Media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Adenan berkata, dia akan mengumumkan senarai timbalan menteri dalam tempoh terdekat.

SENARAI MENTERI

Ketua Menteri

Tan Sri Adenan Satem

Timbalan Ketua Menteri

1. Datuk Amar Douglas Unggah Embas

2. Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing

3. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg

Menteri Penuh

1. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem - Menteri Kewangan 1, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar

2. Datuk Seri Wong Soon Koh - Menteri Kewangan Kedua

3. Datuk Amar Douglas Unggah Embas - Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar

4. Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing - Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan

5. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg - Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan dan Urbanisasi

6. Datuk Prof Dr. Sim Kui Hian - Menteri Kerajaan Tempatan

7. Datuk Seri Michael Manyin Jawong - Menteri Belia, Sukan dan Soladariti

8. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan - Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar; Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan

9. Datuk Fatimah Abdullah - Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti

10. Datuk Dr. Stephen Rundi Utom - Menteri Kemudahan Awam

Sumber myMETRO
Adenan Umum Barisan Baharu Kabinet Di Sarawak Adenan Umum Barisan Baharu Kabinet Di Sarawak Reviewed by OH Buletin on 7:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.