'Ah, celakanya jadi seorang perempuan..'

'Ah, celakanya jadi seorang perempuan..' | Pagi ni ada dua orang kawan perempuan aku share post tentang pengalaman dia hampir menjadi mangsa rogol. Aku baca dan hati aku sentap.

angry girl, gadis marah, enno farihah, viral, isu ditusuk cangkul

Sentap dengan budaya victim-blaming dalam mana2 kes rogol.
Sentap dengan lelaki2 celaka yang mempunyai kuasa untuk melindungi, tapi makin nak menjahanamkan orang.

Semenjak kes gadis ditusuk dengan cangkul menjadi viral, isu "siapa salah" bangkit sekali lagi di ruangan virtual. Masuk Twitter, ramai heboh berpung pang macam mereka yang paling pakar. Masuk Facebook, ada pula tanpa segan-silu membuat jenaka rogol.

Ke mana pergi rasa simpati?
Lelaki, ke mana pergi malu kamu?
Lelaki, ke mana pergi jati diri kamu?
Ke mana pergi kebolehan mengawal diri yang dibanggakan kamu?

Sebagai seorang perempuan, aku muak mendengar alasan "tak mampu kawal nafsu". Sedangkan kaum perempuan bertungkus lumus menutup litup aurat kami, menjaga pergaulan; susahkah untuk kau mengalihkan pandangan? Lelaki, engkau bising "Kalau la perempuan tahu bagaimana mata lelaki berfungsi?" dengan kami tetapi tidak pula engkau menasihati kaum kamu?

Sesekali aku sendiri terasa "Ah, celakanya jadi seorang perempuan." Diberi kapasiti empati tinggi, tetapi diejek emotional. Diberi akal tetapi dipandang sinis dan skeptik. Dicipta dengan kebolehan tersendiri, tetapi dirumus hina secara mudah kepada pemikiran bebal seperti "pelengkap kejantanan lelaki" dan "tugasnya hanya untuk menjaga rumah".

Apakah hinanya kami, kerana tercipta asalnya dari tulang rusuk Adam tetapi bukan dari tanah?

Aku tahu, rogol itu puncanya bukan semata-mata nafsu untuk melakukan seks. Rogol dan liwat adalah senjata efektif untuk mengukuhkan dominance, kekuasaan perogol/peliwat terhadap mangsa. Kau baca semula kes ditusuk cangkul tadi, fahami motif suspek2. Satu tema yang dikongsi mereka ialah rasa inferiority complex dan tercabar ego apabila ditolak oleh kaum wanita.
In the end, yang sebenarnya bukan nafsu tetapi ego yang menjadi catalyst. "Nafsu tak terkawal" hanyalah alasan dan method untuk menegakkan ego yang tidak bertempat.

Antara ego kau, kaum lelaki, dan kejadian kami, kaum perempuan; tidakkah Tuhan sudah mensyariatkan untuk mengasihi setiap makhluk yang diciptaNya? Untuk memahami, bertindak adil terhadap sesama sendiri?

Tanggapan "Perempuan itu lemah" membuatkan aku paranoid. Bila ada orang menasihati "Perempuan jangan independant sangat", dalam hati aku tersenyum sinis. Walaupun para wali aku boleh dipercayai, tetapi mustahil untuk mereka bersamaku 24 jam; lagi2 apabila tugas kerjaya memisahkan kami demi untuk menyara hidup. Aku percaya Tuhan akan sentiasa memerhatikan keselamatanku, tetapi bukan tanpa usaha untuk menjaga diri sendiri. Aku tahu masih ada lagi kaum Adam yang masih teguh jatidirinya di luar sana, tapi hatiku (dan sebahagian besar kaum Hawa yang lain) sudah tawar dengan kelompok celaka yang tak mampu melihat selain anggota badan untuk dikekah dan dinikmati.

Kepada mereka yang kepalanya penuh dengan benda lucah dan every other depravities, Tuhan dengan ihsanNya membenarkan kau hidup untuk hari2 seterusnya demi memberikan peluang untuk bertaubat. Dia tahu engkau mampu untuk menjadi yang lebih baik; jadi tolonglah, tinggalkan benda2 haram itu semua dan pergi berdamping semula dengan Tuhan kamu. Please.

Mungkin akan ada yang memandang sinis kepada nukilan amatur ini, tetapi satu sahaja aku mohon kepada engkau, wahai pembaca. Di era segalanya dihujung jari, disaat engkau membaca sesuatu berita atau cerita; kawal perasaan kamu.

Benda itu mungkin membuatkan kau tersinggung marah (atau kelakar; messed up as it is), dan kau rasa kau harus menyatakan sesuatu kepada dunia; disaat kemarahan menggunung itu kawal dirimu dan fikir implikasi ayat2 yang akan disebarkan oleh kamu. Alasan "untuk diskusi umum" bukan untuk kamu membongkar aib dan melepaskan sikap bertanggungjawab kepada mereka yang terhiris hati dengan perbuatan kamu.

Penat. Penat dengan isu lapuk ini; lagi2 apabila ramai asyik menyebut2 "ini dunia akhir zaman, zaman penipuan!". Instead of becoming a scaremonger, jadilah mereka yang membimbing dan memberi harapan.

Untuk para wanita, stay strong and jaga diri kamu. Be it physically, mentally or spiritually.

Untuk para lelaki, aku tahu dunia moden semakin menekan kamu dengan pelbagai tanggungjawab, ideologi dan expectation tinggi untuk "jadi lelaki/be a man". Tapi janganlah engkau salurkan frustration dan ego kamu kepada perbuatan2 yang merosakkan diri engkau dan orang2 di sekeliling engkau.

Your worth, harga diri kau, 'kehebatan' kau.. bukan pada berapa banyak gaji kau dapat, atau berapa tinggi status kau, atau berapa ramai perempuan di kaki engkau. Tapi nilai diri kau adalah pada ketakwaan kau pada Allah.

Tidak semua orang akan bersetuju dengan pendapat ini, tapi aku sebagai perempuan lebih rela berdamping lelaki yang teguh takwanya kepada Allah daripada lelaki yang sibuk mengejar status "kejantanan".

Banyak lagi benda yang aku nak tulis, tapi cukup sahaja disini. Mungkin, sekiranya diizinkan lagi oleh Tuhan, akan aku tulis pekara seterusnya. Sekian - GADIS NAK MARAH
'Ah, celakanya jadi seorang perempuan..' 'Ah, celakanya jadi seorang perempuan..' Reviewed by OH Buletin on 4:15 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.