Ahli Parlimen Kuala Kangsar Sempat Bergurau Sebelum Nahas Helikopter

Ahli Parlimen Kuala Kangsar Sempat Bergurau Sebelum Nahas Helikopter | "Saya tak mahu makan banyak, takut helikopter tak boleh naik," itu antara gurauan akhir Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebelum pesawat dinaiki hilang petang semalam.

Saya tak mahu makan banyak, takut helikopter tak boleh naik, gurauan terakhir ahli parlimen kuala kangsar

Gurauannya itu dikongsikan oleh Ketua Puteri UMNO Kuala Kangsar, Nurul Azni Bani Ami yang menyertai satu program dihadiri Wan Mohammad Khair-il selaku Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Betong, Sarawak.

"Semasa jamuan makan selepas majlis itu, beliau enggan makan banyak sebab takut helikopter berat. Sehingga kini gurauan itu masih terngiang-ngiang di telinga saya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar Sempat Bergurau Sebelum Nahas Helikopter Ahli Parlimen Kuala Kangsar Sempat Bergurau Sebelum Nahas Helikopter Reviewed by OH Buletin on 1:06 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.