'Anak Saya Hampir Diculik Lelaki Kulit Gelap!'

'Anak Saya Hampir Diculik Lelaki Kulit Gelap!' | Saya ingin berkongsi satu insiden yang benar-benar berlaku pada diri saya di Taman Seri Serdang, Selangor baru-baru ini. Anak saya hampir hilang! Namun dengan kebesaran Allah, Alhamdulillah anak ini masih milik saya.

video cctv hampir diculik, anak hampir diculik

Nak dijadikan cerita, sebagai seorang ibu, apa saja yang anak mohon pasti akan ditunaikan walaupun harga tidak semahal mana pun.

Sewaktu saya menunaikan hajat anak untuk membeli riben di kedai RM2, seorang lelaki berkulit gelap telah membawa dan memeluk anak saya keluar dengan sekelip mata. Walhal anak ada di sebelah saya.


Kejadian ini berlaku pada hari Jumaat, dilakukan oleh lelaki yang berkulit hitam, berkopiah, seolah-olah mahu pergi solat Jumaat.

Lelaki itu kelihatan cuba memujuk anak saya mengikutinya. Mujur Allah bukakan hati anak saya berlari semula ke dalam kedai dan terus meluru ke arah saya.

Berhati-hatilah semasa membawa anak ke mana-mana. Selangkah kita keluar dari rumah, seribu bahaya sedang menunggu. Saya kongsikan video ini untuk peringatan kita bersama. Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya.

Tiada apa yang boleh digantikan dengan anak. Anak adalah segala-galanya yang melengkapkan hidup kita. Sayangilah dan jagalah anak sebaik mungkin.
'Anak Saya Hampir Diculik Lelaki Kulit Gelap!' 'Anak Saya Hampir Diculik Lelaki Kulit Gelap!' Reviewed by OH Buletin on 9:54 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.