Bank Australia Pernah Buat Kesilapan Sama Pindah RM27.4 juta

Bank Australia Pernah Buat Kesilapan Sama Pindah RM27.4 juta | Bank Australia yang tersilap memindahkan wang ke dalam akaun seorang pelajar Malaysia berbuat kesilapan yang hampir sama tujuh tahun lalu.

wanita cantik, rakyat malaysia terima rm2.4 juta, palsukan overdraft

Sydney Morning Herald melaporkan, Westpac tidak sengaja menetapkan had overdraf yang salah kepada pemilik stesen perkhidmatan di New Zealand, Leo Gao pada tahun 2009.

Gao kemudian melarikan diri ke sebuah negara Asia dan gagal dikenalpasti bersama wang NZ$6.7 juta (RM 18.3 juta).

Kes ni mempunyai persamaan dengan Christine Jianzi Lee, 21, dari Australia yang didakwa membelanjakan A$4.6 (RM13.8juta) selepas Wespac secara tidak sengaja memberi overdraf tidak terhad selepas membuka akaun pada bulan Ogos 2012.

Pelajar kejuruteraan kimia itu menghabiskan lima tahun tinggal di penthouse mewah dan membeli pakaian dan beg berjenama tetapi ditahan di Lapangan Terbang Sydney ketika cuba pulang ke Malaysia.

Christine dilaporkan membelanjakan A$33,000 (RM99,000) seminggu berjumlah A$1.3juta (RM3.9juta) ke dalam akaun bank rahsia dengan selebihnya A$ 3.3juta (RM9.9juta) 'hilang' dipercayai telah dipindahkan ke luar negara atau telah dibelanjakan.

Pelajar itu didakwa tidak jujur dengan mendapatkan mafaat kewangan dengan penipuan dan sengaja berurusan dengan jenayah.

Majistret Lisa Stapleton bagaimanapun ragu-ragu dengan caj tersebut akan kekal dan bersetuju ia akan menjadi sukar bagi polis untuk membuktikan perbelanjaan itu tidak sah.

Namun, jika ia berlaku, Christine perlu membayar balik wang tersebut tetapi tidak akan melanggar undang-undang

Kes Christine mungkin berbeza sedikit dari Gao.

Gao dilaporkan telah memohon overdraf NZ $100,000 (RM274,000) dalam akaun Westpac untuk mengubahsuai stesen perkhidmatannya.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kesilapan manusia, overdraf Gao telah ditetapkan pada NZ$10juta (RM27.4juta).

Dia dan isterinya meninggalkan negara ini selepas memindahkan NZ $ 6.7juta (RM18.3juta) ke pelbagai akaun di China, Hong Kong dan Macau.

Interpol akhirnya berjaya mengesan Gao dua tahun setengah kemudian, ketika dia cuba memasuki Hong Kong dari China.

Gao dijatuhi hukuman empat tahun penjara atas tujuh tuduhan mencuri.

Westpac berjaya mendapatkan semula NZ $ 3juta(RM8.2juta) tetapi Gao enggan mendedahkan di mana baki itu, walaupun selepas dibebaskan dari penjara. -SINAR HARIAN
Bank Australia Pernah Buat Kesilapan Sama Pindah RM27.4 juta Bank Australia Pernah Buat Kesilapan Sama Pindah RM27.4 juta Reviewed by OH Buletin on 8:19 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.