PRN Sarawak : Barisan Nasional Dahului 62 Kerusi | Barisan Nasional (BN) meraih 62 kerusi bagi melepasi majoriti dua pertiga setakat 9.15 malam ini untuk terus menerajui kerajaan negeri Sarawak bagi penggal ke-11 berturut-turut.
Gabungan itu sedang mendahului untuk melakarkan kemenangan besar di bawah Tan Sri Adenan Satem yang mengetuai pilihan raya negeri buat pertama kali selepas memegang tampuk kepimpinan negeri, dua tahun lepas.
Setakat ini, BN telah menguasai tiga kawasan majoriti Cina - Bawang Assan, Meradong dan kerusi baharu Batu Kitang.
Pembangkang memperoleh enam kerusi iaitu empat oleh DAP dan PKR dua. Antara yang mencatat kemenangan awal ialah Adenan, juga presiden PBB, yang berjaya mempertahankan kerusi Tanjung Datu.
[ Artikel Berkaitan : Keputusan Penuh Pilihanraya Ke 11 Sarawak ]
Pengerusi BN Sarawak itu memperoleh 6,360 undi, sekali gus mengatasi pencabar tunggal, Jazolkipli Numan (PKR) dengan majoriti 5,892 undi. -BERITA HARIAN

PRN Sarawak : Barisan Nasional Dahului 62 Kerusi
Reviewed by OH Buletin
on
10:21 PM
Rating:

No comments: