Bergaduh Dengan Kekasih Sampai Terjun Bunuh Diri

Bergaduh Dengan Kekasih Sampai Terjun Bunuh Diri | Seorang gadis berusia 21 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jalan Gangsa, di sini, petang semalam.

gambar bunuh diri, gadis bunuh diri, kekasih terjun bangunan bunuh diri, terjun bangunan ipoh

Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa, Darshwim Premkumar, seorang pelajar kolej swasta dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya yang berada di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan pemeriksaan awal mangsa dipercayai kecewa sebelum naik ke tingkat 16 dan meninggalkan selipar yang dipakai di kawasan koridor.

Katanya, keluarga mangsa kemudian mengesahkan selipar yang ditemui itu adalah milik mangsa.

"Punca sebenar kejadian masih disiasat dan kes diklasfikasikan sebagai kematian mengejut," katanya ketika ditemui di Program Pencegahan Jenayah Amaniya Timur Laut Bersama Komuniti di Flat Free School hari ini.

Bergaduh Dengan Kekasih Sampai Terjun Bunuh Diri Bergaduh Dengan Kekasih Sampai Terjun Bunuh Diri Reviewed by OH Buletin on 12:01 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.