BN Siap Siaga Hadapai PRK Sungai Besar

BN Siap Siaga Hadapai PRK Sungai Besar | Barisan Nasional (BN) telah bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.  


Beliau berkata PRK itu dilihat amat penting untuk lebih menguatkan jentera parti secara keseluruhannya dan meninjau maklum balas anggota akar umbi selain mendengar sebarang permasalahan yang dihadapi rakyat setempat.  

"Usaha itu adalah bagi melicinkan lagi aturan gerak kerja yang akan dilakukan sepanjang PRK berkenaan. Kita mahu semangat dan konsep bersatu hati yang ditunjukkan jawatankuasa (Umno) bahagian dan negeri sebelum ini dapat diteruskan bagi mengukuhkan legasi Allahyarham Datuk Noriah Kasnon di sini.  

"Ini kerana, beliau sudah tiga penggal berkhidmat untuk rakyat Sungai Besar dan adalah amat penting untuk kita cari pengganti yang dapat meneruskan usaha itu," katanya.  

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk Allahyarham serta mangsa nahas helikopter di bangunan Umno Sungai Besar, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - BERNAMA
BN Siap Siaga Hadapai PRK Sungai Besar BN Siap Siaga Hadapai PRK Sungai Besar Reviewed by OH Buletin on 7:54 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.