'Ini Rahsia Saya Beli Rumah Teres 2 Tingkat Dengan Mudah...'

'Ini Rahsia Saya Beli Rumah Teres 2 Tingkat Dengan Mudah...' | Semenjak dua menjak ini, banyak pula viral tentang orang berjaya beli rumah di usia muda. Umur 24 tahun dah ada rumah sendirilah, umur 26 tahun ada rumah sendirilah. Yang berjaya beli 4-5 buah aset hartanah dalam usia bawah 30 lah.

rumah besar, rumah dua tingkat,rumah hantu, gambar rumah, beli rumah, cara beli rumah murah

Okay, saya pun sudah memiliki rumah sendiri, rumah teres dua tingkat ketika saya berusia 27 tahun. Saya nak kongsi bagaimana saya boleh membeli rumah sendiri pada usia muda. Bahagian memohon pinjaman apa semua itu tak payah ceritalah, korang semua tahu sendiri. Tetapi nak cerita bahagian macam mana saya boleh mendapat duit deposit 30% dari harga rumah.

Ya, 30% deposit, bukan 10% atau kurang. 30%!! Bagaimana cara saya mendapatkannya? Mak saya yang bagi selepas mendapat duit hasil menjual rumah asal kami di Cheras!

"HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!"

Kesimpulannya, saya tahu segelintir individu muat naik cerita itu sebagai inspirasi kepada anak-anak muda yang lain. Tetapi jangan ingat anak-anak muda di luar sana hidup senang, bergaji besar, selepas grad terus dapat kerja seperti individu tersebut.

Bahagian yang paling celaka ialah bila ada komen-komen berbunyi,

  • "Melayu memang pemalas" atau 
  • "Budak-budak muda nak benda senang saja, tak reti berusaha, pemalas dan berfikiran sempit" atau 
  • "Orang muda zaman sekarang asyik nak hidup bergaya saja, fokus pada kereta, motosikal, tetapi rumah tak nak beli" atau 
  • "Benda mudah saja sebenarnya tetapi Melayu kita yang muda-muda khususnya pemalas tak nak cuba" dan yang sama waktu dengannya.


Jangan, jangan berkata begitu. Ada pemuda yang berjiwa besar dan berazam besar, nak beli aset tetapi gaji ciput. Buat permohonan pinjaman di bank, tak lepas. Ada yang bergaji besar, lepas. Tetapi mak dan ayahnya uzur memerlukan perbelanjaan yang besar. Maka terpaksalah si anak ini beri duit untuk menyara orang tuanya. Ada yang kena khianat, jadi guarantor untuk kawan, kawan lari tak bayar. Nama kita pula disenarai-hitamkan dalam CCRIS. Akibatnya tak dapat buat permohonan pinjaman membeli rumah sendiri.

Ada yang kumpul duit banyak dalam bank tetapi simpan untuk kahwin. Ada yang suami isteri bergaji besar, kumpul duit banyak. Tiba-tiba anak pula sakit kronik dan memerlukan wang untuk membiayai kos rawatan. Ada pula yang mampu, tak ada masalah kewangan dan masalah lain. Tetapi dia tabligh yang suka belanja wang dia ke arah dakwah. Rezeki masing-masing, masalah orang berbeza-beza.

Pengajaran?

Jadi, ada baiknya tak perlulah kongsi cerita anda berjaya membeli rumah di usia muda itu atau kalau nak kongsi cerita seperti itu, ubahlah kepada ayat yang bersesuaian, ayat galakan, ayat bukan wajib membeli rumah di usia muda dan ayat meransang yang positif.

Menyebarkan ilmu itu bagus tetapi mengkodenmkan orang lain atau berlebihan menonjol kelebihan diri itu tidak bagus.

Saya ni kalau mak saya tak bagi duit itu, sampai ke sudah saya tak akan dapat membeli rumah sendiri sebab tak dapat kumpul duit deposit. Itu pun hasil 'korban' jual rumah di Cheras, rumah yang menjadi tempat saya membesar sejak kecil di situ.

Harga rumah semakin tinggi, rumah murah banyak 'investors' kapitalis sudah rembat. Yang ada cuma rumah mahal-mahal. Kos sara hidup pun semakin tinggi, ringgit Malaysia juga semakin tidak stabil.

Sekian. Kalau tidak bersetuju dengan pandangan saya ini, maaf and I don't care. - PIXEL MEDIA
'Ini Rahsia Saya Beli Rumah Teres 2 Tingkat Dengan Mudah...' 'Ini Rahsia Saya Beli Rumah Teres 2 Tingkat Dengan Mudah...' Reviewed by OH Buletin on 8:27 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.