Tindakan Kurang Bijak Cubaan Untuk Rasuah Polis RM500

Tindakan Kurang Bijak Cubaan Untuk Rasuah Polis RM500 | Dua pemuda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, atas dakwaan cuba merasuah seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bagi mengelak ditahan kerana memiliki dadah, dua tahun lalu.

dadah,rasuah polis, polis terima rasuah, tolak rasuah

Mohd Fadlil Hasan, 24, dan rakannya Faizal Mohammad Pauzi, 28, mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Kedua-duanya dari Kampung Raja, Besut, mengaku salah melakukan perbuatan itu pada 9 Mac 2014, kira-kira jam 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Kampung Limbungan, Kampung Raja, Besut.

Mereka didakwa memberikan satu suapan bernilai RM500 kepada seorang ejen kerajaan Malaysia iaitu Inspektor Azizan Aziz dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Mereka juga mengaku melakukan perbuatan itu dengan niat agar pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap mereka serta seorang lagi rakan (Azrul Awang) kerana memiliki bahan yang disyaki dadah berbahaya.

Dengan itu, jika disabitkan kesalahan, kedua-duanya berdepan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan yang diberikan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Terengganu, Mohd Hanafi Abd Rahim di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Bagaimanapun, sejurus pengakuan salah mereka direkodkan, mahkamah menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh jatuh hukum serta membenarkan setiap seorang dibebaskan dengan jaminan RM5,000 bagi seorang penjamin.

Dalam masa sama, mahkamah turut memberi amaran keras kepada tertuduh agar tidak sesekali mengganggu saksi pendakwaan dan sekiranya didapati mereka berbuat sedemikian, jaminan yang ditawarkan akan terbatal serta-merta.

“Selain itu, sekiranya kamu berdua didapati telah melanggar syarat yang diberikan, tahanan reman boleh dikenakan terhadap kamu sehinggalah kes ini selesai,” tegas Mohd Azhar.

Berdasarkan fakta kes, pada 9 Mac 2014, kira-kira jam 12.30 tengah hari, pengadu (Inspektor Azizan Aziz) bersama beberapa anggota telah membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Limbungan Kampung Raja, Besut.

Dalam serbuan itu, pengadu menahan tiga lelaki dan melalui pemeriksaan, polis menemui tiga tiub straw iaitu dipercayai di dalamnya mengandungi dadah jenis methamphetamine di atas lantai rumah tersebut.

Semasa pemeriksaan selesai, dua lelaki (tertuduh) merayu dan meminta pertolongan daripada pengadu agar kes tersebut dapat diselesaikan sebelum cuba memberi rasuah meskipun telah diberi amaran beberapa kali oleh pengadu.

Kedua-dua mereka masih berdegil dan tetap merayu agar mereka bertiga dilepaskan, sebelum menyerahkan wang berjumlah RM500 kepada pengadu. - SINAR HARIAN
Tindakan Kurang Bijak Cubaan Untuk Rasuah Polis RM500 Tindakan Kurang Bijak Cubaan Untuk Rasuah Polis RM500 Reviewed by OH Buletin on 10:17 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.