Dek Kerana Cemburu, Aedy Di Warning Jejai Sebab Rapat Dengan Fasha

Dek Kerana Cemburu, Aedy Di Warning Jejai Sebab Rapat Dengan Fasha | Pelakon, Aedy Ashraf, 23, terkejut apabila dia diberikan 'amaran' oleh Jejai, bekas suami Fasha Sandha, disebabkan mereka berdua terlalu akrab di pandangannya.

fasha sandha, gambar fasha, aedy ashraf, gambar fashah dan aedy

"Sebenarnya saya dan Fasha rapat, kami saling mengenali sejak 5 tahun lalu. Selepas lama tidak berjumpa, kebetulan kmai berlakon bersama dalam drama bersiri Lara Aishah.

Aedy menjelaskan, dia dengan Fasha Sandha hanya sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Malah, Aedy menganggap Fasha seperti kakak kandungnya sendiri.

Lapor Era.fm, Jejai memberikan amaran itu ketika Aedy, Fasha dan beberapa kenalan yang lain sedang berbual bersama mereka.
Bagaimanapun, Aedy enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya menganggap semua itu hanya salah faham sahaja.

5 hari yang lalu, Fasha Sandha membuat laporan polis ke atas bekas suaminya itu kerana Jejai didakwanya sering keluar masuk ke rumahnya tanpa kebenaran serta menganggu kehidupan peribadinya apabila dia bersama rakan-rakan.

Fasha juga mendakwa dia tertekan dengan tindakan bekas suaminya. - PIXEL MEDIA
Dek Kerana Cemburu, Aedy Di Warning Jejai Sebab Rapat Dengan Fasha Dek Kerana Cemburu, Aedy Di Warning Jejai Sebab Rapat Dengan Fasha Reviewed by OH Buletin on 2:16 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.