Dek Kerana Jagung, Wanita Cantik Ini Hampir Botak

Dek Kerana Jagung, Wanita Cantik Ini Hampir Botak | Perbuatan seorang wanita cuba untuk meniru aksi seorang lelaki yang makan jagung menggunakan gerudi mengundang padah apabila rambutnya tersangkut pada alat itu dan menyebabkan di hampir botak.

makan jagung, viral video makan jagung, china

Dalam aksi yang dirakam, wanita itu dilihat cuba untuk makan jagung menggunakan gerudi ketika dengan secara tidak sengaja rambutnya tersangkut pada alat itu dan menyebabkan sebahagian kepalanya botak.

Wanita itu cuba meniru aksi seorang lelaki China yang makan jagung menggunakan gerudi dalam 10 saat.

Video aksi lelaki itu menjadi viral baru-baru ini dan menerima lebih satu juta tontonan sejak ia dimuatnaik pada 30 April lalu.

Sementara itu, memetik CCTV News, melalui video lain yang dikongsi, wanita itu berkata, rambutnya itu akan kembali normal dalam masa enam bulan

Walaupun video sedemikian boleh menarik bagi pengguna lain untuk meniru bagi mendapatkan pengikut di media sosial, orang ramai sering mengabaikan risiko dan bahaya yang mungkin terjadi.
Dek Kerana Jagung, Wanita Cantik Ini Hampir Botak Dek Kerana Jagung, Wanita Cantik Ini Hampir Botak Reviewed by OH Buletin on 10:30 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.