'Dia Terkial-kial Cuba Untuk Menulis...'

'Dia Terkial-kial Cuba Untuk Menulis...' | Sudah lama dia dicengkam sengsara menanggung kesakitan. Aku hanya menyedari perkara itu seminggu yang lalu tatkala gadis kecil itu mahu menulis jawapan di kertas soalannya.

kudis buta, gambar kudis buta, jari jemari

Dia terkial-kial cuba menulis dengan jari jemari halusnya di tangan dominan sebelah kanan. Apabila terasa tidak selesa, beralih pula ke tangan kiri memegang pensil yang sudah pastinya sukar buat si gadis kecil.

kudis buta, gambar kudis buta, jari jemari

Aku gamit dia menghampiriku lantas aku suruh dia menyuakan tangannya untuk ku lihat. Ternyata benar telahan aku tentang apa yang berlaku pada jarinya. Tetapi tidak aku sangka ia seteruk itu.

Kudis buta itu hampir menutup keseluruhan tapak tangan dan celahan jarinya. Tompokan nanah dan kuping luka kudis hampir membuatkan tangannya seolah-olah lumpuh dan tidak berfungsi.

"Ayah tak bawa pergi ke hospital ke?" tanyaku.

Aku tahu apa jawapannya nanti, cukup hanya sekadar gelengan lemah kepalanya. Gadis kecil ini memang pendiam orangnya, tidak banyak bicaranya. Lantas aku berjanji (Khamis lepas) untuk membersihkan dan mengubati jarinya.

kudis buta, gambar kudis buta, jari jemari

Tetapi Rabu itu, ada kejadian yang tidak diingini berlaku menyebabkan murid cuti selama dua hari, esok dan lusanya. Hanya minggu ini aku berkesempatan untuk merawat derita si gadis kecil ini.

kudis buta, gambar kudis buta, jari jemari

kudis buta, gambar kudis buta, jari jemari

Tatkala tangan memegang jari si gadis kecil ini sambil membersihkan bekas-bekas luka kudis buta di tangan dan jarinya, hatiku sayu bercampur sebak. Tetapi aku tahankan air mata dari mengalir membasahi pipi kerana,

"Takkan muka macam Castello, hati pula macam Zed Zaidi?!! - PIXEL MEDIA
'Dia Terkial-kial Cuba Untuk Menulis...' 'Dia Terkial-kial Cuba Untuk Menulis...' Reviewed by OH Buletin on 4:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.