Enggan Beri Gambar Lucah, Pelajar Tingkatan 5 Cekik Teman Wanita

Enggan Beri Gambar Lucah, Pelajar Tingkatan 5 Cekik Teman Wanita | Gara-gara permintaan gambar lucah tidak ditunaikan, seorang pelajar tingkatan lima sanggup mencekik teman wanitanya sendiri.

gadis dirigil, gambar gadis murung, gadis dirogol2016

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.40 petang kelmarin di tandas sebuah sekolah menengah di daerah Jempol, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan 2 telah dicekik kerana ingin memutuskan hubungan mereka selepas enggan menunaikan permintaan lelaki gatal terbabit.

Lapor Kosmo!, remaja lelaki itu berang dengan tindakan mangsa dan terus mengambil tindakan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mereka adalah rakan sekolah dan merupakan pasangan kekasih.

"Siasatan awal mendapati, mangsa pernah dicabul oleh pelajar terbabit pada Oktober lalu dan turut diugut untuk sebarkan gambar lucah.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan," katanya. - KOSMO!
Enggan Beri Gambar Lucah, Pelajar Tingkatan 5 Cekik Teman Wanita Enggan Beri Gambar Lucah, Pelajar Tingkatan 5 Cekik Teman Wanita Reviewed by OH Buletin on 7:29 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.