Gabenor Baru Bank Negara Tamatkan Siasatan Terhadap 1MDB

Gabenor Baru Bank Negara Tamatkan Siasatan Terhadap 1MDB | Bank Negara Malaysia (BNM) menamatkan siasatan di bawah bidang kuasanya terhadap hal ehwal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

gabenor bank negara, bank egara, muhammad ibrahim, BNM

Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim (gambar) berkata, 1MDB telah menyatakan komitmen untuk membayar kompaun sebelum tarikh akhir pada 30 Mei 2016, menandakan tamatnya siasatan tersebut. Syarikat pelaburan strategik negara berkenaan dikenakan kompaun oleh bank pusat susulan kegagalan melaksanakan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Bagaimanapun, Muhammad enggan memberitahu nilai kompaun yang dikenakan ke atas 1MDB, memandangkan ia bertentangan dengan amalan BNM bagi mendedahkan kuantum yang dikenakan terhadap individu khusus atau entiti kepada awam.

1MDB dijangka membayar denda tersebut. Semasa taklimat media hari ini, Muhammad mengulangi bahawa kesemua siasatan di bawah bidang kuasa bank pusat dari segi peraturan, kawal selia dan undang-undang ditamatkan.

“Dari segi siasatan yang bukan di bawah peraturan, kawal selia dan undang-undang bank pusat, kita akan meneruskan kerjasama dengan badan berkuasa lain,” katanya.

Menurut kenyataan 1MDB pada 28 April lepas, bayaran kompaun tersebut akan dijelaskan pada atau sebelum tarikh akhir. - UTUSAN ONLINE
Gabenor Baru Bank Negara Tamatkan Siasatan Terhadap 1MDB Gabenor Baru Bank Negara Tamatkan Siasatan Terhadap 1MDB Reviewed by OH Buletin on 1:29 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.