Gambar Hafidz Roshdi Bernikah 30 April 2016

Gambar Hafidz Roshdi Bernikah 30 April 2016 | Pelakon Hafidz Roshdi dilaporkan sah sudah menikah pada minggu lepas.

gambar kahwin, hafidz roshdi nikah, gambar nikah hafidz roshdi,isteri hafidz roshdi

Beliau yang merupakan watak lelaki utama dalam drama Tundukan Playboy Itu yang bersiaran di udara di TV3 satu masa dahulu memuat naik status mengenai pernikahan nya di Instagram rasmi beliau.

Menurutnya, dia dan isteri sudah pun berkawan selama 3 tahun sejak menuntut di MSU Shah Alam lagi sebelum berkecimpung dalam dunia lakonan. Dibawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Hafidz Roshdi.

“Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Tuan-Tuan / Puan-Puan, pihak Media dan semua peminat yang dihormati, "Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Majlis Pernikahan saya dengan Nurul Shuhada Binti Mat Shukri telah selamat dilangsungkan. Majlis yang diraikan secara sederhana ini berjalan dengan lancar dan sempurna pada jam 11.00 pagi, 30 April 2016 di Perlis dan telah dihadiri oleh keluarga dari kedua-dua belah pihak.
Untuk makluman, saya dan Shu telah berkawan lebih dari 3 tahun iaitu sebelum saya menceburi bidang lakonan lagi. Kami berkenalan semasa sama-sama menuntut di Malaysia Science University di Shah Alam. Pada 30 November tahun lepas, kami telah bertunang dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini.
Mungkin pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan kejutan kepada semua tetapi jodoh kami telah tiba. Maka saya mohon kepada semua agar mendoakan perkahwinan kami bahagia sehingga ke akhirnya. Keputusan ini dibuat setelah kedua-dua belah keluarga berbincang dan bersetuju untuk melangsungkan majlis ini. Majlis pada 30 April ini adalah majlis di pihak keluarga pengantin perempuan dan majlis di pihak keluarga saya pula akan dimaklumkan kemudian.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua di atas sokongan.
Wassalaam".


Dibawah adalah gambar pernikahan Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada


gambar kahwin, hafidz roshdi nikah, gambar nikah hafidz roshdi,isteri hafidz roshdi



gambar kahwin, hafidz roshdi nikah, gambar nikah hafidz roshdi,isteri hafidz roshdi


Gambar Hafidz Roshdi Bernikah 30 April 2016 Gambar Hafidz Roshdi Bernikah 30 April 2016 Reviewed by OH Buletin on 2:02 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.