Gambar Sekitar Pengebumian Jenazah Noriah Kasnon

Gambar Sekitar Pengebumian Jenazah Noriah Kasnon | Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Pasir Panjang.

jenazah noriah kasnon, noriah kasnon

Jenazah sebelum itu dibawa dari Lapangan Terbang Tentera Udara Malaysia ( TUDM) Subang tiba di Masjid Ar Rahmah, Sungai Burong di sini, kira-kira jam 1.10 pagi tadi.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan masjid itu sebaik van yang membawa jenazah Ahli Parlimen Sungai Besar itu tiba di masjid berkenaan.

Kira-kira 5,000 penduduk termasuk empat anak arwah, saudara-mara, kenalan dan pemimpin menanti ketibaan jenazah.

Jenazah Noriah kemudiannya disembahyangkan di masjid itu dengan diketuai imam masjid, Mohd Shafiq Warno.

Selesai disembahyangkan, jenazah Noriah kemudianya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Pasir Panjang untuk dikebumikan.

Jenazah selamat dikebumikan jam 2 pagi tadi.

Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, Adun Permatang, Datuk Sulaiman Abd Razak, Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik.

Pemimpin Pakatan Harapan yang turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim. -SINAR HARIAN
Gambar Sekitar Pengebumian Jenazah Noriah Kasnon Gambar Sekitar Pengebumian Jenazah Noriah Kasnon Reviewed by OH Buletin on 8:10 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.