Polis Tahan 2 Suspek Conteng Bas Skuad Pahang FC | Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian bas Persatuan Bola Sepak Pahang (Pahang FC) diconteng ketika diletakkan di sebuah hotel di sini, pagi tadi
Suspek warga tempatan berusia 21 dan 31 tahun yang bekerja sendiri itu ditahan polis kira-kira jam 12.40 tengah hari di Jalan Meldrum, di sini
[ Artikel Berkaitan : Bas Bawak Skuad Pahang FC 'Dihina' Di Larkin ]
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata hasil soal-siasat polis mendapati kedua-dua suspek mengaku melakukan kesalahan perbuatan itu dengan motif suka-suka
"Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bas Pahang FC itu disembur menggunakan cat putih dengan ayat "Hilang Ke???' sebelum wakil persatuan berkenaan membuat laporan polis pada jam 8.30 pagi.
Pahang FC dijadualkan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini, malam ini

[Gambar] Polis Tahan 2 Suspek Conteng Bas Skuad Pahang FC
Reviewed by OH Buletin
on
11:08 PM
Rating:
![[Gambar] Polis Tahan 2 Suspek Conteng Bas Skuad Pahang FC](https://2.bp.blogspot.com/-j6xmis668bI/VzyE62-eHVI/AAAAAAAAGGw/PEJRZT12cPI6wtUsA3ATpse9RBSq3bQMgCLcB/s72-c/lelaki%2Bconteng%2Bbas%2Bpahang.jpg)
No comments: