Gambar Serpihan Bangkai Helikopter Malang Sarawak Didedah Kepada Umum

Gambar Serpihan Bangkai Helikopter Malang Sarawak Didedah Kepada Umum | Sembilan serpihan helikopter AS350 sudah ditemui setakat hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan pelbagai agensi di hulu Sungai Batang Lupar di pekan Lingga, hari ini.

bangkai pesawat malang, helikopter terhempas, bangkai, serpihan helikopter noriah, helikopter noriah

Empat serpihan ditemui hari ini iaitu dua bahagian pintu yang ditemui pada jam 10.45 pagi, disusuli bahagian penutup hadapan enjin pada jam 4.45 petang.

Penemuan itu jelas memberi petunjuk positif kedudukan sebenar lokasi badan utama helikopter yang hilang sejak Khamis lalu. Turut ditemui pagi tadi, sebuah beg galas jenama Camel dipercayai milik Kapten Rudolf Rex Ragas, juruterbang helikopter AS350 yang sehingga kini masih gagal ditemui, serta satu kusyen helikopter.

bangkai pesawat malang, helikopter terhempas, bangkai, serpihan helikopter noriah, helikopter noriah

Aset carian di dasar hulu sungai berkenaan turut ditingkatkan dengan penambahan satu lagi alat imbasan sonar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), selain tiga bot milik PGA.

[ Artikel Berkaitan : Penduduk Dakwa Helikopter Dipanah Petir Sebelum Terhempas ]

Jurucakap TLDM yang ditemui sebentar tadi memaklumkan operasi carian menggunakan alat pengimbas sonar itu akan dimulakan pagi esok bagi mengesan bahan logam, sekali gus menentukan kedudukan badan utama helikopter itu. Penambahan aset pencarian dipertingkat lewat petang tadi selepas anggota SAR yakin namun gerakan SAR ditangguhkan pada kira-kira jam 7 petang dan akan disambung semula esok.
Gambar Serpihan Bangkai Helikopter Malang Sarawak Didedah Kepada Umum Gambar Serpihan Bangkai Helikopter Malang Sarawak Didedah Kepada Umum Reviewed by OH Buletin on 9:47 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.