Hajat Memperkenalkan Bakal Suami Tidak Kesampaian

Hajat Memperkenalkan Bakal Suami Tidak Kesampaian | Seorang anggota tentera wanita maut, manakala teman lelakinya mengalami kecederaan dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dengan treler muatan balak di Kilometer 14 Jalan Gua Musang - Kuala Lipis, 2.15 pagi tadi, lapor Harian Metro.

kemalangan di gua musang, eksiden, gambar eksiden

Menurut Berita Semasa Tempatan, Akhma Zuyana dikatakan pulang ke kampung untuk memperkenalkan bakal suaminya itu kepada ahli keluarga. Bagaimanapun, hajatnya itu tidak kesampaian.

Kereta Proton Persona yang dipandu oleh teman lelakinya, Noor Izwan Mohd Nor, 29, dalam perjalanan ke kampung Sarjan Akhma Zuyana, 34, di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1.

kemalangan di gua musang, eksiden, gambar eksiden

Menurut sumber, kereta mereka kemudian hilang kawalan sebelum bertembung dengan treler muatan balak dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala teman lelakinya hanya mengalami kecederaan, menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
Hajat Memperkenalkan Bakal Suami Tidak Kesampaian Hajat Memperkenalkan Bakal Suami Tidak Kesampaian Reviewed by OH Buletin on 1:43 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.