Hutang PTPTN: DAP Cadang Kadar Minimum

Hutang PTPTN: DAP Cadang Kadar Minimum | DAP mencadangkan kerajaan mengenakan kadar minimum untuk pembayaran semula Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) berdasarkan aras gaji graduan.

dap, ptptn, hutang ptptn

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, kadar minimum itu memudah dan meringankan graduan untuk membayar semula hutang tersebut.

“Graduan bukan tidak mahu membayar PTPTN tetapi gaji mereka tidak cukup untuk pembayaran semula.

“Jadi, dengan adanya kadar minimum itu ia akan meringankan beban mereka,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Mengambil contoh Australia, beliau yang juga merupakan jurucakap kepada Hal Ehwal  Pendidikan, Sains dan Teknologi berkata, graduan di negara itu membayar pinjaman pendidikan sekiranya mereka memperoleh pendapatan tahunan melebihi AUS$54,126 setahun.

“Di Malaysia, jika pendapatan graduan sekitar RM3,500 iaitu bersamaan RM42,000 sukar untuk mereka membayar semula. Ini kerana mereka berdepan dengan kos hidup selepas belajar.

“Jadi cadangan kadar minimum ini wajar dipertimbangkan dan dikaji sebelum dilaksanakan,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan 1.25 juta peminjam PTPTN gagal membayar semula hutang berkenaan selepas tamat pengajian.

Tindakan itu menyebabkan nama kesemua mereka disenarain hitamkan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

“Tindakan ini menyukarkan mereka untuk membuat pinjaman lain seperti pinjaman peribadi, perumahan dan pinjaman-pinjaman lain,” katanya. -SINAR HARIAN
Hutang PTPTN: DAP Cadang Kadar Minimum Hutang PTPTN: DAP Cadang Kadar Minimum Reviewed by OH Buletin on 1:38 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.