Identiti Mayat Lelaki Dalam But BMW Dikenalpasti | Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui disumbat dalam but sebuah kereta BMW yang cuba ditenggelamkan di sebuah lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya di sini semalam.
Satu sumber memberitahu, mayat lelaki itu ditemui selepas menerima maklumat orang awam mengenai kereta BMW 5Series yang hampir tenggelam itu.
“Kereta itu berjaya dinaikkan pada pukul 4.40 petang dan pemeriksaan menemui mayat seorang lelaki diletakkan di belakang but kereta BMW tersebut.
“Siasatan awal mendapati mangsa telah dibunuh sebelum mayat cuba dilupuskan di dalam lombong tersebut bersama kereta BMW,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini semalam.
Kata sumber itu lagi, berdasarkan mayat tersebut, mangsa dipercayai telah mati dalam tempoh lima hari lalu.
Polis belum dapat mengesahkan identiti lelaki itu kerana tiada pengenalan diri ditemui bersamanya.
Mengikut sumber itu lagi, semakan nombor pendaftaran kenderaan itu mendapati ia atas nama seorang lelaki yang kemudian menjualnya kepada sebuah syarikat kereta terpakai.
Difahamkan, mayat lelaki yang ditemui itu merupakan lelaki berketurunan India berumur 30-an dan dilaporkan hilang oleh keluarganya di Brickfields.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan penemuan mayat dalam kereta BMW tersebut. - KOSMO ONLINE

Identiti Mayat Lelaki Dalam But BMW Dikenalpasti
Reviewed by OH Buletin
on
10:47 AM
Rating:

No comments: