Identiti Mayat Kedua Dan Ketiga Nahas Helikopter Didedahkan

Identiti Mayat Kedua & Ketiga Nahas Helikopter Didedahkan | Sejumlah lima mayat daripada nahas helikopter di Sarawak pada Khamis dijumpai setakat ini apabila empat lagi ditemui hari ini dan usaha giat dilakukan untuk mencari seorang lagi mangsa.

gambar mayat nahas helikopter, nahas helikopter

Selain mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang ditemuai semalam, mayat kedua dijumpai pada 8.34 pagi ini di tebing Sungai Batang Lupar, kira-kira 15km dari tempat mayat Noriah ditemui.

Mayat ketiga dijumpai kira-kira tengah hari ini, lebih kurang satu kilometer dari tempat mayat Noriah ditemui, manakala mayat keempat dijumpai pada 3.20 petang, juga berhampiran tempat mayat Noriah ditemui.

Mayat kelima dijumpai kira-kira 6 petang, lebih kurang 2.5km dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Lingga, 250km dari Kuching.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan mayat kedua ialah Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman pula mengenal pasti mayat ketiga sebagai Ahmad Sobri Harun, pengawal peribadi Noriah.
Identiti Mayat Kedua Dan Ketiga Nahas Helikopter Didedahkan Identiti Mayat Kedua Dan Ketiga Nahas Helikopter Didedahkan Reviewed by OH Buletin on 10:30 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.