Info Terkini Kes Pistol Dalam Kereta Safee Sali

Info Terkini Kes Pistol Dalam Kereta Safee Sali | Polis akan menghantar kertas siasatan berhubung kes penemuan pistol di dalam kenderaan pemain bola sepak JDT, Safee Sali, kepada pihak pendakwa dalam masa terdekat.

safee sali, gambar safee sali, safee sali pistol

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berkenaan dan siasatan turut mendapati Safee tidak terlibat dalam kes itu.

"Kita akan hantar kertas siasatan kepada pihak pendakwa dalam masa terdekat untuk dapatkan keputusan. Setakat ini hasil siasatan kita mendapati Safee tidak terlibat dalam kes ini.

"Dia hanya menghantar kenderaannya untuk diubahsuai tetapi keretanya telah disalah guna oleh suspek," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu katanya, pistol berkenaan dipercayai milik suspek dan hasil semakan mendapati lelaki berkenaan turut mempunyai rekod jenayah lampau.

15 Mei lalu, seorang lelaki berusia 34 tahun yang memandu kenderaan jenis Ford Ranger milik Safee ditahan ketika sekatan jalan raya berhampiran susur keluar Kempas Lebuhraya Utara Selatan.

Hasil pemeriksaan, polis menemui sebuah beg bewarna kuning berisi sepucuk pistol dan kotak mengandungi 30 butir peluru hidup dalam kenderaan itu.

Suspek yang merupakan pemilik kedai aksesori kenderaan mendakwa menemui pistol dan peluru itu ketika memancing di Loji Air di Jalan Sungai Tiram - Pasir Gudang dan menyimpan pistol dan peluru berkenaan di kedainya dengan alasan bagi melindungi keselamatannya.

Suspek kini dalam tahanan reman sehingga 20 Mei dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki pistol dan peluru. - SINAR ONLINE
Info Terkini Kes Pistol Dalam Kereta Safee Sali Info Terkini Kes Pistol Dalam Kereta Safee Sali Reviewed by OH Buletin on 1:46 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.