Inilah Ayat Terakhir Asmuni Abdullah Sebelum Nahas Helikopter Sarawak

Inilah Ayat Terakhir Asmuni Abdullah Sebelum Nahas Helikopter Sarawak |  "Saya tanya ada dua pelam je ke, arwah jawab, cukuplah dua ni buat kenangan," kata Kahpi Ngiso, 56, rakan kepada Allahyarham Mohd Asmuni Abdullah, 52, yang ditemui maut dalam nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, semalam.

gambar asmuni abdullah, asmuni abdullah dan noriah kasnon, asmuni abdullah, gambar asmuni abdullah

Menurut Kahpi, kali terakhir dia bertemu arwah ketika Mohd Asmuni bertandang ke rumahnya di Tali Air 1 Sungai Burong, pagi Ahad lalu.

"Arwah beri saya satu pelam harum manis dan satu pelam mas hitam. Dia suruh saya rasa sebab pelam ni datangnya dari Perlis dan Thailand," katanya kepada Sinar Harian.

Kahpi memberitahu, arwah kemudiannya  memancing di depan rumahnya, sementara dia meninggalkan arwah bersendirian kerana ada urusan lain di luar.

"Bila saya balik ke rumah tengok arwah masih memancing. Dia sempat sapa saya kata dua ikan haruan dah terlepas dalam parit," katanya.

Katanya, selepas memancing, arwah kemudiannya ke Sungai Besar untuk menghadiri program isterinya, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

"Itulah kali terakhir saya bersama arwah. Saya terkejut bila dapat berita arwah terlibat dalam nahas," katanya.

Kahpi yang berkawan rapat dengan Allahyarham sejak bersekolah rendah berkata, hubungannya dengan Mohd Asmuni begitu rapat meskipun arwah menetap di Amerika Syarikat.

"Biasanya dia akan datang ke rumah saya bila balik dari Amerika (Syarikat).

"Arwah seorang ceria dan suka tersenyum. Walaupun belajar dan menetap di luar negara dia mcam anak-anak kampung yang lain suka memancing," katanya.

Katanya, kehilangan Allahyarham amat dirasai memandangkan beliau seorang yang bermasyarakat dan amat rapat dengan kenalannya.

"Saya berasa sedih bila tahu arwah dan isterinya (Noriah) maut dalam tragedi helikopter. Sudah tentu saya rasa sedih dengan pemergiannya," katanya. - SINAR HARIAN
Inilah Ayat Terakhir Asmuni Abdullah Sebelum Nahas Helikopter Sarawak Inilah Ayat Terakhir Asmuni Abdullah Sebelum Nahas Helikopter Sarawak Reviewed by OH Buletin on 1:39 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.