Inilah Dia Bazar Malam Terbesar di KL

Inilah Dia Bazar Malam Terbesar di KL | Two One Group of Companies, pengendali baharu bagi Bazaar Malam Batu Muda, Kuala Lumpur menawarkan promosi ruang niaga, dengan sewa sebanyak RM900 untuk tiga bulan pertama.

bazar malam, Batu Muda, bazar malam Batu Muda, gambar bazar Batu Muda, gambar Batu Muda, pasar malam Batu Muda, gambar pasar malam, oh buletin

Pengurus Pemasaran dan Promosi, Bazaar Malam Batu Muda, Mohd Saiful Idham Mohd Aris berkata, sebanyak 600 ruang niaga dengan keluasan tapak 10'x10', ditawarkan kepada peniaga berminat, dengan harga istimewa itu dan tanpa deposit.

“Ia terbuka kepada semua sama ada mereka yang baru memulakan perniagaan atau peniaga yang sudah mempunyai pengalaman berniaga. Mereka boleh menjual pelbagai jenis barangan, selagi ia tidak menyalahi undang-undang.

“Peniaga harus merebut peluang ini kerana kadar sewanya yang murah RM900 untuk tempoh tiga bulan, iaitu bersamaan RM300 sebulan atau RM10 sehari. Namun, untuk bulan keempat dan berikutnya, sewa dikenakan hanya RM550 termasuk air dan elektrik,” katanya.

bazar malam, Batu Muda, bazar malam Batu Muda, gambar bazar Batu Muda, gambar Batu Muda, pasar malam Batu Muda, gambar pasar malam, oh buletin

Mohd Saiful Idham berkata, tawaran pakej itu tiada had tempoh tertentu dan ia terbuka sehingga ruang niaga habis disewakan.

“Sejak bazar ini dibuka Ogos tahun lalu, sebanyak 130 ruang niaga sudah disewakan dan antara barang yang dijual peniaga di situ, termasuklah aksesori telefon, pakaian, makanan, permainan kanak-kanak, 'soopa doopa' dan lain-lain.

“Sekiranya 600 ruang niaga sudah dipenuhi, pihak pengurusan sedia untuk menambah tapak baharu bagi membolehkan lebih ramai orang berniaga di sini,” katanya.

Rancang buka pasar tani

Pada masa akan datang, Mohd Saiful Idham berkata, pihaknya merancang untuk bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk membuka pasar tani di bazar itu pada waktu pagi.

“Kami dalam proses perbincangan dengan Fama bagi tujuan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Pemasaran, Bazaar Malam Batu Muda, Mohd Azman Ariffin berkata, lebih 21 program dirangka sepanjang tahun ini bagi menarik lebih ramai pengunjung ke bazar itu.

Beliau berkata, Two One Group of Companies melabur sebanyak RM100,000 untuk tujuan promosi dan pemasaran bazar itu tahun ini.

“Kami membahagikan program kepada tiga kategori iaitu program cuti umum, harian atau mingguan dan lain-lain.

“Antara program yang akan dijalankan adalah sambutan Hari Raya Aidilfitri, ceramah Awal Muharam, taman tema mini soopa doopa, karnival makanan, fiesta kanak-kanak, Karnival Keusahawanan Malaysia, festival trak makanan dan lain-lain,” katanya.

Mohd Azman berkata, pada masa akan datang, pihaknya merancang untuk membuka ruang niaga bagi trak makanan dan car boot sale, bagi merancakkan lagi aktiviti membeli-belah di bazar itu.

Menurutnya, ketika ini, bazar berkenaan menjana jualan sebanyak RM100,000 sebulan dan dijangka meningkat kepada RM500,000 dengan promosi besar-besaran yang dijalankan pengurusan baharu.

Kemudahan lengkap

Bazaar Malam Batu Muda yang dibuka jam 5 petang hingga 3 pagi, setiap hari, merupakan bazar terbesar di Kuala Lumpur, dengan keluasan tapak 3.72 hektar.

Pengarah Urusan Two One Group of Companies, Mohd Kamal Mohd Jamaludin berkata, bazar itu mampu menempatkan lebih 1,000 kenderaan pada satu masa dan menyediakan tempat letak kenderaan secara percuma.

“Selain dilengkapi bekalan air dan elektrik, kami turut menyediakan kemudahan tandas lelaki dan wanita, serta ruang solat,” katanya.

Berbeza dengan bazar lain, Mohd Kamal yang juga Pengarah Urusan Bazaar Malam Batu Muda berkata, peniaga boleh meninggalkan kelengkapan dan produk jualan mereka di tapak masing-masing kerana pihaknya menyediakan khidmat pengawal keselamatan 24 jam.

“Peniaga tidak perlu lagi bersusah payah mengemas semua kelengkapan dan produk setiap kali hendak berniaga,” katanya.

Two One Group of Companies merupakan syarikat milik Bumiputera, mengambil alih pengurusan Bazaar Malam Batu Muda bermula 1 Mei lalu.
Inilah Dia Bazar Malam Terbesar di KL Inilah Dia Bazar Malam Terbesar di KL Reviewed by OH Buletin on 9:57 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.