Inilah Jawapan Ketua Polis Negara Isu Pergerakan TMJ Dipantau, Panggilan Telefon Dicuri Dengar

Inilah Jawapan Ketua Polis Negara Isu Pergerakan TMJ Dipantau, Panggilan Telefon Dicuri Dengar | Isu berhubung telefon Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dicuri dengar dan pergerakannya dipantau cawangan khas adalah hanya salah faham.

khalid abu bakar, ketua polis negara, gambar ketua polis

Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya, pagi tadi beliau sudah pergi menghadap Tunku Mahkota Johor di Istana Bukit Pelangi, Johor, dalam pertemuan kira-kira satu jam untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

[ Artikel Berkaitan : TMJ Dakwa Panggilan Telefon Dicuri Dengar Oleh PDRM ]

“Sebenarnya ini adalah sedikit silap faham..tiada apa dan saya sudah jelaskan kepada Tunku.

“Tiada apa-apa masalah dan saya katakan di sini, ini hanya salah faham,” katanya kepada pemberita ketika hadir menyaksikan Kejohanan Rugbi Piala Rujirawongse 2016, di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand, di Pulapol, dekat sini, petang tadi.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan, Tunku Mahkota Johor mendakwa pihak berkenaan (cawangan khas) juga turut membuka fail mengenai beliau dan ayahandanya di Bukit Aman. - SINAR HARIAN
Inilah Jawapan Ketua Polis Negara Isu Pergerakan TMJ Dipantau, Panggilan Telefon Dicuri Dengar Inilah Jawapan Ketua Polis Negara Isu Pergerakan TMJ Dipantau, Panggilan Telefon Dicuri Dengar Reviewed by OH Buletin on 9:12 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.