Isteri Hafidz Roshdi Respon Kutukan Tentang Wajahnya Di Instagram

Isteri Hafidz Roshdi Respon Kutukan Tentang Wajahnya Di Instagram | Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi, memaafkan pengikut Instagram yang telah melemparkan kata-kata kesat tehadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri melalui satu foto perkahwinan mereka yang dimuat naik di laman sosial itu.

Isteri Hafidz Roshdi, gambar kahwin, gambar kelakar

Hafidz, 22, berkata dia dan isteri menerima perkara itu dengan terbuka dan menganggap perkara itu mengajar mereka cara untuk lebih bersabar.

[ Artikel Berkaitan : Isteri Baru Hafidz Roshdi Dihina Di Instagram? ]

"Apa yang penting saya dan isteri bahagia dan bagi mereka yang menghina wajah isteri saya, dia (Nurul Shuhada)  menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih atas hinaan tersebut.

"Dia juga tidak terasa hati dan memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya, secara tidak langsung perkara ini juga mengajar erti kesabaran kepada kami," kata Hafidz ketika bercakap kepada mStar Online.
Isteri Hafidz Roshdi Respon Kutukan Tentang Wajahnya Di Instagram Isteri Hafidz Roshdi Respon Kutukan Tentang Wajahnya Di Instagram Reviewed by OH Buletin on 1:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.